June 08, 2011

Pertembungan diantara ibubapa, suami, isteri


' Ini balik kampung minta kebenaran suami tak? " itulah kata-kata ibu saya setiap kali saya berkunjung ke rumahnya jika suami tidak ikut sekali.

Antara mengutamakan ibu atau suami. Antara mengutamakan isteri atau ibu. 


Redha Allah pada seorang isteri  terletak pada redha suaminya. 


Adalah sebaik baiknya seorang isteri melebihi kepada ibu bapa suami lebih dari ibu bapa dirinya sendiri. Namun kebanyakkan kita (isteri) lebih cenderung melebihi ibu mereka dari ibu mertua. Tidak salah jika anak perempuan berbakti kpd ibunya tapi kalau boleh lebihkan sedikit pada ibu mertua. Mengapa saya kata begitu kerana ia berbalik pda redha Allah pada seorang isteri terletak pada redha suaminya. Tips dari saya, jangan sesekali menceritakan 'cara layanan baik' kita pada ibu mertua serta 'cara layanan ibu mertua 'kita terhadap kita dihadapan ibu kita sendiri. Supaya ibu kita tidak terasa, bahawa kita  bagikan melebihi ibu mertua sendiri darinya. Sifat kecemburuan seorang ibu itu tetap ada walaupun dalam diam. Bukan mudah untuk memastikan hubungan antara semua pihak berjalan dengan baik. Anak perempuan yang telah berkahwin meskipun haknya pada suaminya namun hubungan antara anak dan ibu perlu sentiasa dijaga. Jangan kita terperangkap antara kasih kepada suami dan kasih kepada ibu. Hingga kita tersilap mengutamakan apa yang perlu diutamakan. Itu akan membuatkan ia akan menjadi rumit. Para isteri jangan bimbing atau gusar jika tidak dapat berbakti kepada ibubapanya kerana seorang isteri yang taat terhadap suaminya adalah pahala bagi kedua ibu bapanya. Sesungguhnya kebaktian itu amat paling bernilai sekali kepada ibubapanya.

Redha Allah pada seorang anak lelaki terletak pada redha ibu bapanya.Terutama ibu.ibu dan ibu



Anak lelaki sila lebihkan ibu anda lebih dari keluarga sebelah isteri sendiri. Hati seorang ibu terlalu halus, mudah terasa hati. Saya masih ingat lagi, ketika adik bongsu lelaki saya ingin menikahi gadis dari Pantai Timur. Pada waktu itu, ibu saya amat terasa sedih sekali. Taktala melihat adik saya selamat diijabkabulkan..ibu menitiskan air mata. Kesedihannya itu terbawa-bawa hingga kami sampai ke Melaka. Saya tidak merasakan bahawa ibu saya bersedih hanya bersyukur  dapat melihat anak terakhirnya berkahwin. Bahkan kesedihannya itu seolah-olah rasa kehilangan atas sesuatu yang dia amat sayangi. Dan ternyata sangkaan saya itu benar, ibu terasa sangat bahawa anak dia di rampas orang.  Macam itu sekali perasaan seorang ibu. Buat anak lelaki, tanggungjawab pada ibu sampai salah seorang (anak atau ibu) menemui ajalnya.Buat isteri, kalau perasan suami macam melebihi keluarga kita, tolong beri ingatan buat suami supaya melebihi ibubapanya terutama ibunya sekiranya masih hidup. Bagi ruang pada suami untuk melayani ibunya dan isteri hendaklah turut bersama-sama meraikan hubungan tersebut. Supaya kita jangan pula terasa bahawa suami kita membelakangi kita.

* Ingatan dan pedoman buat diri saya jua...



7 comments:

  1. assalamualaikum aina

    BHS terpanggil tuk membaca coretan dari aina kali ini....ya ingatan buat BHS juga ....terasa lebih jelas bila aina suara kan hal pertembungan ini...terima kasih aina...BHS kongsi di wall fb dan blog ya...

    salam ukhuwah
    BHS...

    ReplyDelete
  2. ntahla xtau nk ckp tp kdg2 sikap mertua yg terlalu berlebihan shgga sume bnd suami perlu ikut mnyebabkan ati isteri tersiksa mcmna yeee

    ReplyDelete
  3. Mcm mane pulak yg skiranya kami duduk bsama ibu saya, sbb ibu saya sorang. Saya anak tunggal. Ibu mentua saya sentiasa dtg kerumah kami, tp stiasa buat mcm rumah dia sendiri hingga mbuat ibu saya tsinggung. Ibu saya stiasa mberi layanan yg tbaik walaupun hakikatnya saya bukan menantu yg dsukai. Apekah saya tidak blh berpihak pd ibu saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mudah untuk menjadi menantu pilihan, namun yang penting saudari jangan terasa 'asing' bila bersama ibu mertua.Dan jangan mudah 'melatah' bila berhadapan dengan ragam ibu mertua.Tidak salah untuk berpihak kepada ibu sendiri dan tidak salah juga untuk berpihak kepada ibu mertua.Cuma jangan sampai ibu dan ibu mertua 'nampak' seolah-olah kita berpihak antara 1 sama lain.kena 'BIJAK' dan 'BERHIKMAH' dalam menangani masalah ini.Banyak perkara yg masih kita perlu belajar...insya'allah setiap perkara yang berlaku dlm kehidupan kita merupakan GURU buat kita.Sekadar berkongsi pandangan shj.

      Delete
  4. maaf,sy tmpg bertanya....
    melebihkan keluarga suami @ anggap mereka spt ibu sendiri??tp mereka sdiri tdk mlayan menantu dgn sepatutnya...jikalau bcerai,kta akn dihantar blik ke rumah ibu bapa juga...tiada jaminan...andai begitu,malanglah bg seorang ibu yg mempunyai anak yg kesemuanya perempuan...tiada anak-anak yg boleh bergantung harap apabila tua krn ank tlh mgikut suami.minta di huraikan....bagaimana juga soal nafkah,adakah ibu juga ptut didahulukan dari isteri nya dan anak-anak...
    terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  5. mcm xtepat je melebihkan family metua sendiri..habis tu if ibu bapa kita terasa mcm mne pulak..mcm xtepat je pandangan saudari ni

    ReplyDelete