July 25, 2013

Semuanya milikMu wahai Allah

 "Usiaku sudah berada di penghujung, apa yang aku lihat tiada satu barang pun bakal aku tinggalkan dan tiada satu bekal pun yang akan aku bawa. Betapa aku kenangi tiap nikmat bertebaran. Pada baki kudratku yang masih tersisa. Merenung apakah kebaikkan yang telah diperbuat namun masih rasa tiada apa. Aku beramal dengan ilmu tetapi siapa yang mengerakkan 7 anggota ini untuk beramal? dan milik siapakah ilmu yang aku amalkan ini?. Saat aku menadah tangan, aku terpinga-pinga apa yang ingin ku pinta? kerana yang aku pinta ini juga milik siapa?. Wahai Allah tiada apa yang ku sonsongkan padaMu. Semuanya milikMu wahai Allah. Apalah ada bagiku untuk meminta pahala dan syurgaMu. Aku datang ke dunia tanpa apa-apa dan aku kembali semula kepadaMu tanpa apa-apa. Hanya dosa dan maksiat. Yang ku harapkan rahmat dan keampunanMu".

3 comments: