July 01, 2013

Maafkan daku wahai malam...

Malam ini gelap tanpa rembulan, melepaskan pandang jauh ke dada langit. Sedikit tidak menghalang perasaan yang seakan terbang membawa diri. Kegembiraan membuatkan aku bersyukur dengan nikmat ini namun turut bersedih takut terlupa akan nikmat ini.
Saat merenung jauh ke dada langit.Tidak terlihat akan malam...bukan kerana tiada bulan dan bintang maka malam hilang serinya.
Tetapi renunganku telah jatuh ke dalam hati membuatkan aku terlupa padamu wahai malam.
Maafkan daku wahai malam...