March 30, 2014

Bersiap menuju negeri Kekal Abadi

" Andainya penghujung itu telah tertulis. Maka bersiap siaga semua anak-anak angkatan. Bangkit segera semuanya dari kemabukkan kerana dunia ada batasnya. Mengapa harus berasa senang lenang sedangkan telah ada yang bergelimpangan bermandikan darah, diremuk dipatah! oleh sang pendusta zaman.

Tanggalkan pakaian keegoan, kemegahan, kebesaran, kecantikan. Saluti tubuh dengan pakaian 'kematiaan' sebagai tanda menempuh 'kesusahan' dan 'penderitaan'. Tegakkan bendera panji-panji kemuliaan 'Allah HU' di tengah medan. Berkat 'haq' mara bahaya terhunus ke wajah, tidak akan ada yang berundur ke belakang. Karam...tenggelam...dalam lautan makrifah, itulah sebenar-benarnya 'hidup'.

Ayuh! semuanya kita menuju ke negeri yang kekal abadi!".


1 comment: