January 06, 2012

Binalah azam dalam setiap detik kehidupan kita

Setiap pagi kita bangun dari tidur, ucaplah alhamdulillah dan berdoalah "Wahai Allah  berkatilah hidupku pada hari ini serta permudahkan segala urusan hidup ku pada hari ini. Sesungguhnya aku tidak mampu melakukan segala-galanya tanpa rahmat dari-Mu.



Kadang-kadang kita suka melakar kehidupan kita mengikut musim dan menunggu tahun yang baharu mulalah kita ingin membuat perubahan. Tidak kira apa jua bentuk perubahan yang ingin kita rencanakan baik dari segi kerja, pendidikan, ekonomi atau pun yang lebih bersifat peribadi iaitu seperti pembentuk sahsiah diri. Kita juga suka menumpukan perhatian kepada perubahan-perubahan yang besar serta mengharapkan kejayaan yang gemilang. Tapi bagaimana jika yang direncanakan yang diharapkan itu gagal dikecapi? pada ketika itu kita mula persoalkan diri. 

Nah! mengapa perlu mensasarkan perubahan yang besar-besar sedangkan yang sekecil-kecil perubahan sebenarnya menghasilkan kejayaan yang lebih bermakna. Contohnya, jika kita  seorang yang terlalu sukar untuk senyum. Mengapa tidak kita kata pada diri, "mulai saat ini aku ingin menjadi seorang yang amat permurah dengan senyuman". Hasilnya, selama ini orang-orang sekeliling kita yang selalu melihat wajah kita yang  'ketat' serta senyum 'kelat'. Akan merasa gembira dan selesa mendampingi kita...bukankah hidup akan menjadi lebih ceria dan bahagia?. Jika hari ini kita pergi kerja selalu lewat, mengapa tidak kita kata pada diri 'mulai esok aku akan datang kerja lebih awal'. Hasilnya, kita tidak lagi sibuk-sibuk potong 'Q' di jalanraya yang mungkin selama ini kita berebut-rebut kejar masa sampai 'curi' laluan orang dan juga kejar lampu hijau yang dah berkelip-kelip tanda berhenti. Silap haribulan boleh berlaku kemalangan akibat kerana pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan pemandu yang lain. Adakah kita tidak rasa bahawa kita telah melakukan perubahan yang hebat meskipun perubahan itu nampak kecil?.

Oleh itu jangan menunggu tahun, baru nak bina tekad dan azam baru. Sedangkan setiap hari kita menempuh hari yang baru. Maka binalah azam dalam setiap detik kehidupan kita, bahawa HARI INI AKU AKAN BERUSAHA UNTUK BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM dan bersyukurlah meskipun sedikit perubahannya. 

Usahlah berdendam dan bermusuhan

Usahlah berdendam dan bermusuhan. Sakit sekelumit manapun dalam hati janganlah dibawa sampai mati. Fikirkan keadaan nasib kita semua di akhirat kelak. Hitungan  dan penilaian Allah dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar pekara yang dikerjakan oleh kita selama di dunia akan diperhalusi umpama sehelai rambut dibelah tujuh terlalu halus penelitian-Nya. 

Ingatlah, sebagai manusia kita juga tidak terlepas dari berbuat dosa…lalu kepada siapa lagi untuk memohon keampunan? jika tidak mengharapkan Allah mengampuni dosa kita. Inikan pula dosa kita sesama manusia. 



Sifat pegampun kita terhadap manusia lain amat kecil sekali.Tidakkah kita sedar bahawa betapa kedekut dan sombongnya kita. Sedangkan Pengampunan Allah lebih luas dan kaya dengan keampunan.