August 01, 2012

Biarkan air mata berlinangan...




Wahai teman...ada bening di balik kelopak matamu.

Redup matamu, ku tahu bahawa dikau tengah bersedih.

Gelora jiwamu tiada siapa yang tahu meskipun aku.

Kerna tangisan, gambaran jiwa yang tidak mampu dibicarakan.

Lalu mengapa menahan air mata dari tertumpah.

Sedangkan kolam air matamu tidak mampu membendung.

Biarkan ia mengalir, kerana tangisan bukanlah kelemahan.

Tetapi tanda buah kelembutan hati kerana hati nan keras bisa menjadi lebur...


Maka menangislah wahai teman...kerana ku tahu hidup ini tidak selalunya manis.

Menangislah pada tempatnya...tidaklah Allah ciptakan air mata itu tiada manfaatnya.

Jika kita adalah hambanya kita akan tahu betapa dalamnya ertinya sebuah tangisan.