September 30, 2010

Pagi yang indah dan mendamaikan...

Burung terbang keriuhan mengamit pandangan awan luas terbentang.
Dada-dada langit yang kebiruan sesekali memukau pandangan hati yang dalam.
Sinar suria tampak gah bercahaya, mentari mencelah dibalik awan yang memutih bak salju.
Sesekali deruan angin pantas mengusap wajah...terasa terusap dalam kelembutan alunan.
Gemersik dedaunan seolah-olah melambai-lambai kegembiraan.
Air sungai yang mengalir tenang cantik menghias membawa kiambang
Lama merenung...Subahanallah…
Duduk kembali ke dalam kereta…sunyi…kosong..seketika , seolah duduk di dalam gua.
Sesekali mataku hampir terlena…bukannya tidak cukup tidur ataupun letih menunggu.
Bertafakur seketika melihat dasar hati…waktu ini sudah menjadi tabiat ‘muhasabah diri’.
Rasa berada ditengah dunia, kosong tanpa ada apa-apa. Bagaikan terasing dalam kesibukan dunia.
Tiba-tiba dalam lamunan ku, lalu seorang lelaki berusia lingkungan 40an. Bahu kira kanannya penuh dengan beg-beg yang sarat entah apa isinya. Langsung tidak menghiraukan ku…meskipun anak mataku mencuri pandangan terhadapnya. Dia membuka setiap tong sampah dihadapan permis termasuklah tong sampah pejabat aku bertugas. Apa entah yang dicarinya? Bisik hati kecilku. Sesekali ia memunggah sampah di dalam tong sampah. Di ambil dan di simpan di dalam beg sandangnya. Pengemis? Hermm mana mungkin kerana fizikal dan pakaiannya tidak seperti manusia yang normal akalnya. Aku masih perhatikannya meskipun jarak antara kami terlalu hampir, kerana dia berada betul-betul disebelah kereta ku. Tetapi dia masih sibuk memunggah sampah di dalam tong sampah. Sedikit pun tidak menghiraukan renunganku.Mungkin telah biasa baginya..entah berapa banyak mata yang memandang atas kelakuannya, mata yang kasihan…mata yang jijik dan jelek…mata yang benci…mata yang sombong. Mata-mata manusia yang bergantung pada jiwa masing-masing. Apa pula yang dimamah olehnya? Oh! ada sedikit bahagian nasi yang terbuang dijamahnya.
Aduhai…enaknya pagi tadi daku menikmati sarapan, meskipun hanya sepotong roti namun makananku masih elok dijamah. Teringat semalam…aku tidak lalu makan…lalu…makanan itu dibuang ke dalam tong sampah begitu sahaja. Dari lelaki itu yang makan sisa-sisa makanan dari tong sampah. Kasihan….kasihan…bukan untuknya tetapi buat diriku.
Sejak dari itu, pemuda itu menjadi peneman daku saban pagi . Maksudku peneman hiasan mataku…tanpanya sehari aku tercari-cari di mana dia hari ini. Rasa sedikit resah dan bimbang kalau dia tidak ada pada hari itu.