Ayat yang cukup tepat sekali! tidak ada sesiapa yang dapat merubah ketentuan Allah swt. Jika takdir itu telah tertulis di Loh MahfuzNya. Saat saya melihat seorang insan yang bernama Mohd Sukur Ibrahim di MHI TV3 pagi tadi saya merasakan betapa HEBATNYA KEKUASAAN Allah swt RAHMAT serta KASIH SAYANGNYA tiada siapa yang dapat menduga. Bagaimana seseorang insan yang tidak sempurna pancainderanya mampu menongkah arus kehidupan yang serba mencabar ini dengan merangkul kejayaan hidup yang bagi saya 'Luar Biasa". Ya, memang benar ramai manusia yang sempurna pancainderannya mampu berjaya tetapi ramai pula yang kalah. Sering mengeluh, berputus asa dan bosan dengan rona-rona kehidupan ini. Tetapi seorang insan yang serba kekurangan sesekali tidak mahu kalah dan tidak pula dijadikan alasan tidak mampu hidup dengan bekal yang Allah swt berikan. Inilah yang dinamakan golongan yang teristimewa, mengunakan nikmat Allah swt sebaik-baiknya. Manusia yang hebat bukannya terletak pada kesempurnaan pancainderannya tetapi di dalam dirinya yang punyai jiwa yang besar. Meskipun serba kekurangan pada lahiriahnya namun tidak menjadi penghalang untuk bersama-sama menikmati nikmat kehidupan di muka bumi Allah swt ini. Oleh itu janganlah kita sesekali memandang kekurangan yang ada pada diri seseorang insan boleh jadi kekurangan yang ada padanya akan menjadi GURU bagi kita. Jangan fikir manusia golongan ini hidupnya hanya untuk 'meminta-minta' belas kasihan orang dan boleh jadi yang 'meminta-minta' itu tidak di beri ruang dalam masyarakat untuk mereka hidup berdikari. Kejayaan yang mereka miliki bukanlah hanya untuk diri mereka tetapi kejayaan mereka adalah untuk bersama-sama kita untuk saling bantu membantu bagi yang memerlukan. Alam ini indah sebenarnya meskipun pada pandangan mata kasar kita terlalu banyak lompang-lompang kerosakan di merata-rata. Namun jika kita melihat dari pandangan yang lurus kita akan melihat betapa indahnya hidup yang Allah swt jadikan ini. Sesungguhnya KeindahanNya mengatasi segala keindahan yang ada. Marilah kita berjuang untuk kehidupan ini kerana dunia ini tempat untuk kita ke akhirat. Bukanlah kita perlu hidup untuk dunia tetapi memerlukan dunia untuk hidup. Jika kita kalah di dunia ini bagaimana kita ingin mendapat kemenangan di sana! Ingat, jalan hidup ini tidak mudah, untuk mendapat hasilnya kita perlu berjuangan dan perjuangan itu menuntut banyak pengorbanan dan kesabaran. Inilah kehidupan!
Anda boleh melayari website insan istimewa ini di;
http://mohdsukuribrahim.blogspot.com/