Baginda bersabda; Tuhanku menawarkan kepadaku untuk membuat gunung Bathha’ di Mekah menjadi emas. Aku berkata, “tidak wahai Tuhanku, yang aku mahu adalah kenyang sehari dan lapar sehari. Apabila aku lapar, aku akan bertadaruk kepada-Mu dan menyebut nama-Mu. Dan apabila aku kenyang, aku akan bersyukur dan memuji-Mu’.
Baginda pernah berdoa;
‘Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad sebatas makanan pokok’.
Baginda pernah berdoa;
‘Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad sebatas makanan pokok’.
Ummul Mukminin Aisyah RA berkata,
“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang makan gandum selama 3 hari berturut-turut sejak baginda tiba di Madinah sehingga baginda wafat’
Aisyah RA juga berkata,
“Keluarga Muhammad tidak makan 2 kali sehari kecuali salah satunya adalah memakan kurma kering’.
Aisyah RA menuturkan kisah kesederhanan hidup yang dijalani Rasulullah SAW kepada Urwah bin Zubair RA. Dia berkata, “Kami benar-benar tidak menyalakan api (memasak) di rumah-rumah baginda selama 40 malam’. Lalu Urwah bin Zubair bertanya, ‘Bagaimana makanan kalian?’
Aisyah menjawab, “Kurma dan air”.
Sesungguhnya kehidupan Nabi Muhammad SAW terlalu cukup sederhana, baginda sangat zuhud, qannah, redha, sabar dalam melalui kehidupan yang serba sederhana dan kefakiran namun tidak pula sesekali baginda meminta-meminta bahkan baginda cukup pemurah memberi apa sahaja yang ada pada baginda kepada mereka yang meminta-minta. Kesederhanaan kehidupan Nabi Allah ini tidak mampu menandingi kehidupan diri kita.
Ya Nabi SalamAlayka
Ya Rasul SalamAlayka
Ya Habeeb SalamAlayka
Salawatullah AlaykaTiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Al-Hadid: 22-23).