November 16, 2010

Di sebalik musibah

Saat menerima pelbagai khabar berita dari seberang Indonesia tambahan lagi banjir di beberapa negeri di Malaysia. Serba sedikit mengamit kesyahduan atas segala musibah yang menimpa. Ingin disampaikan kata kesabaran dalam menghadapinya kepada saudara2 di sana. Namun sekadar ucapan dibibir sedangkan tidak menghadapinya mungkin amat sulit untuk menerima bagi yang berhadapan dengannya. Tidak mungkin punyai kekuatan bagi seseorang manusia melainkan Allah jua yang memberi kekuatan pada dirinya supaya tabah dan sabar mengharunginya. Tiap-tiap musibah bencana malapetaka yang datang itu bukan semata-mata kemurkaan dan kemarahanNya atas kejahilan dan kelalaian manusia. Setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah agar kita sedar tahu akan kelemahan diri dan bahawa ada yang lebih berkuasa atas diri kita. Ingatan demi ingatan telah Allah nyatakan bahawa dunia ini adalah fana, tidak akan kekal selamanya. Mungkin tiap kali kita melihat daun berguguran lalu jatuh ke bumi tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai tanda ingatan bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Lalu mengapa kita merasa aman dalam kehidupan ini?.  Kata2 dari kenalan lama menyentuh rasa...'Apalah gunanya hidup ini kalau bukan untuk mati'. Di dalam hadis qudsi Allah berfirman’ Taktala engkau melihat bumi telah terbentang dihadapanmu maka ingatlah akan datangnya kematian’. Maka tanggapilah ihsan Allah sedalam-dalamnya bahawa tiap-tiap musibah yang hadir pada diri kita semuanya tersembunyi rahmatNya yang tidak mampu tercapai dan diukur melalui akal dan hati kita. Rasulullah saw pernah bersabda ; bahawa setiap hari langit dan bumi lautan dan gunung ganang tiada hentinya mengecam manusia dan memohon kepada tuhan sekelian alam. Langit bermohon untuk menimpakan planet2 kepada manusia. Bumi bermohon untuk menelan manusia. Lautan bermohon untuk menengelamkan manusia dan gunung ganang bermohon untuk menimbunkan manusia. Semuanya kerana manusia itu menikmati anugerah Allah tetapi tidak bersyukur kepada Allah. Lalu Allah berfirman Seandainya kamu yang menciptkan manusia, nescaya kamu santuni, kasih dan sayang kepada mereka. Kerana itulah biarlah AKU mengurusi mereka. Manakala mereka bertaubat, taat dan sedar kepada-Ku. Maka Aku menjadi kekasih kepada mereka. Manakala mereka tidak sedar, AKUlah yang menjadi penawarnya’.
Sebenarnya kitalah yang mendirikan dinding-dinding pemisah antara hamba dengan tuhannya. Sesungguhnya kita ini lalai sedangkan Allah itu bukan pelalai. Begitu juga pada diri kita ini penuh dengan bencana noda-noda kemaksiatan. Manusia akan mengherdik, menghina dan menghindari diri kita jika kejahatan kita telah terbuka. Sedangkan Allah itu lebih tahu dan amat terang tentang diri kita. meskipun kita merahsiakannya walaupun sebutir zarah sekalipun. Namun sejahat dan sezalim mana DIA tetap akan menerima hamba-hambanya dengan membuka pintu taubat lalu kepadaNya kita bertaubat. Kasih sayang Allah mengatasi segala kasih sayang yang ada.
Rasulullah saw bersabda; Janganlah sampai seseorang itu mati dahulu sebelum ia yakin akan kasih sayang Allah’.
Semoga saudara2 kita yang berada di Indonesia dan negeri-negeri yang dilanda banjir di negara ini, mudah-mudahan dilimpahi kekuatan, kesabaran, ketabahan dalam menghadapi bencana2 ini. Mudah-mudahan Allah melimpahi rahmat ke atas saudara2 kita dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah kembali ke ramahtullah.