Merenung alam bererti berbicara dengan-Nya
Pagi yang indah dan mendamaikan...
Camar terbang riuh sekawan, tidak henti-henti bertasbih atas segala nikmat yang tercurah di pagi ini. Nun, di ufuk timur sinar suria mula menyinari alam, terbias cahaya yang indah memukau pandangan hati yang dalam. Deruan angin membawa kedinginan pagi pantas mengusap wajah...taktala sisiran dedaun ditiup angin mengalunkan irama yang gemersik. Kedengaran halus kalimah lembut tanda kesyukuran pada Maha Pencipta. Kelihatan embun mulai menitis di hujung dedaun menandakan matahari mula menginjak tinggi.

Keindahan itu bukan terletak pada alam-Nya
Namun mengapa masih ada yang sungul wajahnya takla fajar pagi menyinsing tiba? keluh dan resah seolah-olah tidak gembira menerima hari ini. Renunglah pada dalam diri serta segala apa yang terzahir di hadapan mata. Betapa luasnya dan banyaknya segala kenikmatan yang telah Allah kurniaakan. Maka layakah kesusahan yang kita hadapi itu ditebus dengan penuh keluhan perasaan. Sedangkan pagi ini celik sahaja mata kita masih lagi bernafas. Seluruh pancaindera kita masih mampu berfungsi apatah lagi dapat menatap insan-insan yang tersayang di sisi. Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud : " Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya.
Oleh itu usahlah berdukacita di waktu pagi sedangkan seluruh alam menyambut dengan penuh kegembiraan sebagai tanda menyusukuri segala nikmat yang melimpah. Segala ciptaan yang penuh dengan kenikmatan yang tidak mampu terjangkau akal fikiran hati dan perasaan. Maka apa lagi yang tidak cukup walhal semuanya telah Allah swt berikan meskipun tidak di minta!. Bukalah lembaran Ar Rahman cungkil mutiara di dalam;

Ar Rahman (Yang Maha Pemurah), |
Yang telah mengajarkan Al Qur'an. |
Dia menciptakan manusia, |
Mengajarnya pandai berbicara. |
Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. |
Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. |
Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). |
Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. |
Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. |
Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya). |
di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. |
Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. |
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Semasin-masin air lautan tidak sesekali mencemarkan rasa isi ikan di dalamnya. |
Kepada yang gemar tidur semula selepas subuh, ayuh! bangkitlah seusai solat subuh janganlah menyambung kembali tidurmu. Lihatlah alam yang luas yang terbentang segala isinya telah terkandung di dalam kitabNya, perlihatkanlah di sebalik keindahan itu ada Maha Keindahan yang mengatasi segala keindahan.
Ibnu Athaillah al-Sakandari telah menyampaikan di dalam kitab Al Hikam ' Bagaimana mungkin Ia terhijab oleh sesuatu padahal Ia yang mengzahirkan segala sesuatu?
'Bagaimana mungkin Ia terhijab oleh sesuatu, padahal Ia selalu menampakkan diri-Nya bersama segala sesuatu?
Mampukah kita membilang butiran pasir di pantai? Sedangkan yang di dalam gengaman
pun tidak mampu kita menghitungya. Sesungguhnya rahmat Allah itu tidak terjangkau dan
tiada batasnya.
Hakikat alam ini gelap gulita tidak mungkin matahari mampu menerangi alam terang benderang. Tidak mungkin burung melebarkan sayap terapung di awan gemawan dengan sendirinya. Tidak mungkin angin bertiup lalu mengerakkan segala apa yang ringan di bumi ini dengan sendirinya. Tidak mungkin air mengalir dari gunung jatuh ke hulu menuju ke hilir berakhir di lautan dengan sendirinya. Tidak mungkin tumbuh-tumbuhan dari benih lalu bercambah menjadi pohon yang rimbun dan berbuah dengan sendirinya. Melainkan ada kekuatan Yang Maha Berkuasa yang merupakan tanda kewujudan Allah swt pada alam itu sendiri. Sepertimana alam memerlukan cahaya mentari untuk menyuluh alam begitu jualah diri kita yang amat mermerlukan cahayaNya untuk menjadi penyinar dan petunjuk dalam kegelapan.
Ya Allah, berkatilah hidup kami pada hari ini agar dapat kami memanafaatkan hari ini sebaik-baiknya.
Allaahumma ashlih lii diiniyallati huwa 'ishamatu amrii, wa ashlih lii dunyayallatii ja'alta fiihaa ma'assyii.
Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pegangan urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yang padanya Engkau jadikan penghidupanku.