Ibaratkan sebatang pokok yang sentiasa mengingati Tuhan yang menCIPTAkannya…. Walau apa yang menyakitnya…merosakan…membunuh….. Ia tetap berserah pada yang HAK…. Namuan ia tetap memberi KENIKMATAN pada manusia dan makhluk yang lain-lain…..
Jangan terlalu melihat keburukan manusia, kerana kita akan belajar membenci. Lihatlah kebaikaan manusia walaupun sedikit insyaallah kita akan belajar untuk menyayangi.
Ketahulilah, sejahat-jahat manusia itu pasti ada sedikit kebaikan dalam dirinya. Sejahat mana manusia itu bila dikehendaki oleh Allah swt. dia akan tetap pulang ke pangkuan ilahi.
Jangan mengharapkan orang lain memberi kasih sayang pada diri kita. Tetapi belajar-belajarlah untuk memberi kasih sayang pada orang lain.
Jadilah seperti hujan yang turun, dingin membasahi bumi kemudian larut terus meresap ke dasarnya. Lalu lupakan hujan dan hargailah nikmat kedinginan yang dapat sebagai tanda bersyukur.
Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan.