Sejak kebelakangan ini seringkali saya menerima berita takziah atas kematian saudara semuslim. Dalam beberapa minggu lagi, ramadhan bakal menyusul tiba...entah ke sampai atau tidak semuanya tersimpan dalam Pengetahuan-Nya. Apa yang ingin saya rumuskan, hidup kita pada hari ini, umpama hidup di PENGHUJUNG USIA. Penghujung usia itu bukan digambarkan usia tua kita nanti. Kerana kematian itu bukan diukur dan dijarakkan oleh usia tetapi masa. Masa yang tidak kita tahu bila, di mana dan bagaimana kita di matikan. Tiada siapa yang tahu melainkan Allah yang lebih Maha Memiliki, Maha Menguasai, Maha Mengetahui dan segalanya. Dan kematian itu bukannya pengakhir segala kehidupan kita tetapi kematian itu merupakan pintu gerbang permulaan hidup kita sebelum melangkah ke negeri yang abadi. Aku sering bertanya dalam diri, setelah arwah abah pergi, siapa pula diantara keluargaku yang bakal mengikuti jejak langkah itu...'selamat kembali wahai saudaraku semua...kembali ke hadrat ilahi...' Bagi kita yang masih lagi di sini, belajarlah mati sebelum mati...
Abu Bakar R.A telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : "Roh itu menuju ketujuh tempat :-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka. mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari kiamat."