October 30, 2010

Berputus asa? Bosan ?

Kadangkala dalam kehidupan ini ada ketika tiba-tiba hilang semangat. Lantaran segala ujian dan dugaan yang mendatang seringkali menghambat diri hingga kita terlupa bahawa hidup ini masih lagi bergerak.Kita larut dalam mimpi dan angan-angan. Termenung panjang seolah-olah tidak lagi mampu untuk menghirup nafas. Akal fikiran merewang entah ke mana kosong tak bermakna. Lalu kita mulai mengeluh betapa bosannya hidup ini.
Aduhai mengapa bosan? bukankah bosan dengan kehidupan sama umpamanya bosan kepada Allah. Bukankah jua segala hal di bumi ini berada di bawah kendali Allah dan segalanya diciptakan oleh Allah, Yang Maha Pencipta dan Pemberi Bentuk termasuklah diri ini yang mengerakan seluruh pancainderamu. Mengaturkan perjalananmu dalam kesenangan yang kita rasai dan dalam kesakitan yang kita tempuhi. 
Maka hentilah perbuatan itu! padamkan keresahan serta pandanglah kehidupan ini dan lihatlah segala kebesaranNya. Supaya hidup tidak merasa jemu serta bersyukurlah segala apa yang tercipta, diterima ataupun yang luput pada diri kita sebagai tanda seorang hamba. Manfaatkan kehidupan yang ada sebelum kehidupan ini berlalu pergi. Jadilah seperti mentari yang menyinari siang dan cahaya rembulan yang menyuluh  malam. Usahlah berputus asa dalam kehidupan kerana berputus asa dalam hidup bermakna berputus asa dengan rahmat ilahi. Bukankah rahmat Allah itu luas tiada taranya?


October 18, 2010

Benarkah Hidup seperti RODA?




Mengapa ramai antara kita suka mengaitkan kehidupan ini 'seperti roda'? atau mungkin ramai yang melihat dunia ini berputar sentiasa. Secara kasarnya berbentuk bulat tapi benarkah bumi itu bulat ? dan benarkah pula kehidupan kita seumpama roda? yang kadang-kadang berada di bawah dan di atas.
Masa akan tetap berlalu dan terus berlalu yang tidak mungkin akan berulang kembali. Bukankah itu sudah nyata kehidupan ini bukan sebuah pusingan?

October 13, 2010

Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 


Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

 Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
 
"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.
 
"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."
 
Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.
Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat. Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari. Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat. Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.
Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat. Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk. Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT. Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.
Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur. Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya. Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w. Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya. Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.
Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.
Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia. Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu. Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur. Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup. Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk. Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT.
Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.  Seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok. Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.
       
      

October 11, 2010

Indahnya Sebuah Kemaafan




Indahnya sebuah kemaafan itu andainya saling maaf memaafi dan memaafkan itu adalah lebih baik dari meminta maaf juga lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.
Sesungguhnya memaafkan orang lain sebenarnya adalah memaafkan diri sendiri.

Maka andainya ada manusia lain pernah berbuat kesilapan/kesalahan kepada diri kita lalu dia memohon maaf. Sambutlah kemaafannya dan bersikaplah ihsan Allah Maha PEMURAH dan Maha MENGASIHANI….



Mengapa terlalu sukar memaafkan?



Dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(QS. An-Nuur:22)



Tragedi OKTOBER 10/10/2010

Tiada siapa menduga bila waktu, hari, bulan dan tahun maut itu datang menyapa. Apatah lagi bagaimana cara kita dimatikan. Tidaklah akan tertangguh bagi-Nya...samada bersedia atau sebaliknya ingatlah kita bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Salam Takziah

ihsan dari blog : http://www.kakinakl.com/2010/10/gambar-kemalangan-pada-10102010-12-maut.html





REMBAU: Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.



Dasyat memang dasyat kan kemalangan ngeri ni.  Penyelamat  sedang menyelamatkan mangsa kemalangan. 

Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. 


sumber : Berita Harian
Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.  Bas express Delima  dari Melaka ke Kuala Lumpur yang di percayai bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempa kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.


 gambar - berita harian on9
SEBUAH bas menghempap sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.


mayat-mayat bergelimpangan


 mayat tanpa kepala ..sumber http://www.hazwan.com/


tangan terputus...memang mengerikan .. http://www.hazwan.com/


keadaan selepas kemalangan


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.

 senarai nama yang meninggal di tempat kejadian.

October 08, 2010

Nikmatilah usia sebaik-baiknya

Usia umpama harta.... bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.Begitu juga usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.


Jangan jadikan usia sebagai penghalang diri untuk beribadah kepada Allah

Sabda Rasullullah S.A.W

“Hiduplah selama yang kamu suka, maka kamu tetap akan mati. Cintalah dengan siapa yang kamu suka, maka kau tetap akan meninggalkannya. Dan lakukanlah apa yang kamu suka, maka kamu akan dibalas dan dipersoaljawab tentangnya”.

“Tidak Allah turunkan penyakit, melainkan Allah sertai baginya ubat kecuali tua”.

kitab “Al-Hikam” ada menyarankan:

“Terkadang umur seorang itu panjang, sedangkan bekalannya sedikit. Terkadang umur seorang itu pendek, sedangkan bekalannya banyak. Siapa umurnya diberkati oleh Allah, biarpun umurnya singkat, dia akan memperolehi pemberian Allah yang banyak yang tidak terdaya untuk digambar dan ditunjuk”. 

Hanya HARI ini!

Selamat datang wahai HARI yang menjadi saksi. Selamat datang wahai Jumaat yang penuh keberkataan. Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Muhamad SAW, keluarga dan sahabat baginda. Dan segala puji bagi ALLAH. 
Taktala suria mentari mula menyinari bumi, selamat pergi wahai malam yang menjadi tamu para-para kekasih. Hari ini telah datang maka tersenyumlah serta sambutlah sebagai tanda kesyukuran atas segala kenikmatan hari ini. Hadapilah hidup hari ini dengan tenang . Renungilah mutiara ini ;
Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan.

Berkatilah hidup kami pada hari ini dan moga-moga hari ini kami manfaatkan segenap ruang yang ada kerana hari yang berlalu tidak akan lagi kembali. Ia akan luput bersama waktu yang pergi. Tidaklah dijadikan HARI itu sia-sia maka janganlah masukkan kami dikalangan orang-orang yang rugi. Sesungguh hari esok tetap ada namun belum tentu hari esok ada buat kami. Oleh itu jadikan hari ini yang paling terbaik bagi kita.
Wahai DIRI andainya hari esok masih lagi ada maka bersedialah dan janganlah kamu khuatir dengan masa depan. Percayalah dengan takdir Allah dan ketentuanNya. Yakinlah dengan kebijaksanaan Allah. Relakan segala apa yang ditakdirkan Allah pada dirimu. Bersikaplah dengan baik, bersyukur dan redha. Hadapilah dugaan dengan sabar dan berserahlah diri kepada Allah. 

October 07, 2010

Mengapa DENDAM dalam Kebahagian

Hubungan kekeluargaan dalam kehidupan ini tidak selalunya kekal kebahagaiannya. Pasang surut kehidupan kadangkala bagai lautan. Namun bukanlah bermakna kebahagian itu tidak boleh dicipta walhal ia tetap akan kekal jika ujian dan dugaan itu diharungi dengan sabar dan tabah. Tetapi ramai antara kita tidak mampu menentang gelora hawa nafsu lantaran nilai kesabaran tidak mampu lagi ditampung. Taktala hati mula diintai musuh mencari ruang untuk memecahkan persaudaraan. Mulalah timbul salah faham, perbalahan antara adik atau abang dan juga kakak. Hingga selisih bahu tidak bertegur sapa hatta bertahun-tahun lamanya tidak bersua. Seorang ke timur seorang ke barat dalam hati kasih sayang saudara tidak lagi bertempat. Putus sudah kasih sayang sebuah tali persaudaraan.
Saat itu yang paling pilu adalah ibu dan ayah melihat anak-anak saling bertelingkah. Tambah sedih bila ayah sudah tiada ibu pula menanggung derita. Apalah erti semua ini? bukankah tiap-tiap saudara , sedaging, sedarah itu keluar dari rahim yang sama?. Perit jerih ayah mencari nafkah pulang tersenyum membawa bekalan buat isteri dan jua anak-anak di rumah.Kita kecil dahulu  bukankah kita berkongsi makan dan minum duduk semeja. Bahkan bernaung dibawah sebumbung, berlari, bermain, berhibur, berduka bersama. Lalu...mengapa usia sudah berganjak setelah pandai memijak kehidupan. Tiba-tiba sedikit perselisihan ikatan keluarga terlerai mudah. Tidak ada kurang atau terlebih seandainya masing-masing saling beralah.
Aduhai mengapa terlalu mudah memutuskan persaudaraan sedangkan payah ayah dan ibu membina ukhuwah. Menjalinkan ikatan sesama insan antara adik, kakak dan juga abang. Tepuklah dada tanyalah hati adakah bahagian menyimpan dendam dan bermuka masam.  Hulurkan kemaafan sambutlah salam setulus hatimu sedingin embun yang menitis di dedaun. Segar dan jernih air mata yang mengalir telanlah segala kepahitan hentikan penderitaan lalu teguklah kemanisan. Usahlah menyimpan DENDAM dalam kebahagian sedangkan  kita dilahirkan dengan kasih dan sayang. Bukankah disebalik kebahagian itu terlalu indah yang merupakan simbol kasih sayang ibu dan ayah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang.

Gaduh-gaduh sayang tak mengapa...

October 04, 2010

Bila Alam Memuji-Mu

Semalam hujan turun dengan lebatnya...setelah siang yang menghangatkan. Alhamdulillah sudah pasti seluruh penduduk bumi sangat gembira menerima limpahan hujan ini. Aku masih lagi duduk di birai pintu memerhatikan hujan yang turun. Lama aku merenung, sesekali bunyi guruh di kaki langit. Rintik-rintik hujan bagaikan turun berirama dibawa angin menderu. Aku masih memerhatikan hujan di langit...Ya Allah, makhlukmu memuji-muji-Mu tanpa henti...deruan angin dan rintikan hujan. Aku lepas pandangan itu jauh ke dalam.



Petang ini, tiba-tiba hatiku teringin benar untuk ke laut. Sudah lama rasanya tidak melagok ke sana melihat keindahan lautan. Menikmati air kelapa terasa enak sekali petang ini dengan cuaca yang agak terik.  Aku duduk di tepi tebing, sepasang kaki yang terjuntai ku ayunkan seolah-olah seperti duduk si anak kecil yang keriangan. Ku lihat di gigi air anak-anak ikan belatok bermain-main. Ku pandang lautan yang luas terbentang sungguh luasnya lautan tanpa sempadan, luas sempadan tiada berpenghujung begitulah yang dapat ku gambarkan. Seketika aku mendongak ke langit nun di hujung sana. Sungguh indah citra warnanya seakan sama dengan lautan. Namun kocakkan tenang air dilautan yang disimbahi cahaya mentari seakan-akan berkilauan itu tiba-tiba mengamit hatiku. Deruan ombak yang menghempas pantai tidak jemu-jemu itu membuatkan aku termangu seketika. Ya Allah...keindahan dan bunyian apa yang mempesonakan ini. Sungguh segala yang ada memuji-muji-Mu bertasbih indah seluruh alam. Biarkan pun dengan bahasa mereka tersendiri tetapi itulah yang dapat kurasakan. Nikmat apakah ini tanpa ada seulit resah yang terbias pada wajah alam. Seakan menghambat diriku yang dalam. Benarkah aku melihat keindahan ini dengan mata penglihatanku? benarkah yang aku dengarkan ini dengan pendengaranku? sedangkan keghairahan itu tumbuh dan datang di balik jiwaku.


October 01, 2010

Apalah erti sahabat sedangkan AKU tidak memilikinya

Kalau sahabat-sahabat ku baca mesti mereka bising...tapi itulah kenyataannya. Hidup diriku bukan banyak sahabat pun. Kalau ada pun hanya memenuhi tuntutan sebagai manusia dalam kehidupan ini. Namun untuk memperolehi atau mendampingi sahabat ibarat mentari yang menyinar. Bahkan yang setia bagai pewangi yang mengharum dan menjadi pendorong impian. Itulah sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Namun hatta diriku sendiri pun tidak mampu menjadi sahabat sebaik itu. Teringat sebuah hadis;  ‘Sebaik-baik orang di antara kamu ialah seseorang yang apabila orang lain memandang wajahnya, maka ia ingat kepada Allah, jika mendengar ucapannya maka bertambah ilmunya, dan jika melihat amal perbuatannya maka tertariklah pada akhirat’.

Mana nak cari?

Ada seorang manusia dia meninggalkan pesan untuk saya
'kita berjuang dengan cara kita sendiri untuk dunia dan akhirat kita'

Lalu ada seorang manusia mendalamkan lagi pesanan itu
'Jalan kita tak sama.. cara kita nak 'sampai' tak sama.. Nama saja penempuh jalan ketuhanan..Tapi corak ilmu tak sama. Ada cerita yang sama..Tetapi pembawaan tetap lain-lain. Tiap-tiap orang beribadat mengikut tahap kejiwaan masing-masing..'

Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat

Syaikh Ibnu Athaillah mengatakan: "Bukanlah sahabatmu, kecuali orang rela bersahabat denganmu sedangkan dia telah mengetahui celamu. Dan tidaklah yang demikian itu (engkau dapati di kalangan manusia) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik teman yang engkau pergauli adalah orang yang memperhatikan kepentinganmu, bukan kerana sesuatu kepentingan yang diharapkannya daripadamu untuk dirinya."




waktu ku kecil dahulu....